MERANCANG untuk tampil dengan sebuah album baharu, kumpulan nasyid Brothers pada masa sama akur jika karya-karya mereka kurang mendapat sambutan disebabkan lama tidak aktif dalam industri muzik.Bagaimanapun, menurut salah seorang anggotanya iaitu Yasin Sulaiman, 51, perjuangan mereka untuk meneruskan legasi nasyid tidak pernah padam. Malah, kemunculan album baharu adalah tanda nama Brothers masih ingin berkongsi karya kepada peminat.Brothers dianggotai oleh Faiz (kiri), Syah dan Yasin. "Tidak dapat dinafikan zaman sudah berbeza, ini bukan zaman kami lagi. Apa yang utama kami buat sebab minat."Ada atau tidak pendengar, kami akan tetap buat. Jika ada yang dengar itu adalah satu bonus. Kami buat apa yang kami suka," katanya.Yasin bersama dua lagi anggota Brothers iaitu Faiz dan Syah ditemui ketika majlis sidang media Konsert Legenda Nasyid Malaysia di Kuala Lumpur pada petang Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: “Nama dia pun hampir dengan saya“ - Yasin Sulaiman terkejut akaun media sosial kena klon ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman kerap kena gangguan bipolar ketika sibuk kerja, berubah jadi banyak cakap - Syah BrothersBercakap lanjut, album tersebut juga bakal menghidupkan kembali muzik yang pernah diperjuangkan Brothers sebelum ini."Kami akan bawakan tema yang pernah Brothers nyanyikan sebelum ini seperti kemanusiaan, persahabatan dan perjuangan. Album ini sudah dibincangkan tetapi belum dirakamkan lagi," ujarnya.Sementara itu, berkongsi tentang penglibatan mereka dalam konsert tersebut, Yasin memberitahu dia bakal membuat kemunculan semula bersama Brothers selepas lebih tujuh tahun tidak tampil bersama di atas pentas. Kami buat apa yang kami sukaKUMPULAN BROTHERSSecara tidak langsung, pentas tersebut juga menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan nama Brothers kepada peminat generasi muda."Lagu Teman Sejati selalu dinyanyikan di sekolah, kem bina insan dan program kerajaan. Lagu tersebut sudah cukup sinonim dengan masyarakat."Orang kenal lagu tapi tidak mengenali kami. Dengan kemunculan dalam konsert ini mungkin menjadi punca orang tahu siapa Brothers. Kami mahu kongsikan dengan generasi baharu," ujarnya.Konsert Nasyid Legenda Malaysia menggabungkan generasi lama dan baharu.Selain Brothers, konsert tersebut turut menggabungkan lapan kumpulan nasyid lain termasuk Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Inteam.Kumpulan lain yang juga terlibat adalah Saujana, UNIC, Nowseeheart serta kumpulan baharu Aeydan.Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2027 di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, Selangor.TONTON VIDEO PILIHAN!